Institusi Pendidikan Islam Integrasi Berteraskan Al-Quran & As-Sunnah
Sekolah Ibn Khaldun (SIK) merupakan sebuah institusi pendidikan Islam integrasi yang berwibawa, berdaftar secara rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM: BJAA001) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS: BJJ0002). Diasaskan atas kesedaran untuk membina generasi rabbani, sekolah ini bermatlamat melahirkan insan yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah demi meraih keredhaan Allah SWT.
Sekolah ini beroperasi sebagai sekolah komuniti bukan berasaskan keuntungan. Di bawah naungan Yayasan MATRI dan Yayasan Pembangunan Pelajar (YPP), hampir 75% kos pendidikan disokong oleh komuniti melalui sumbangan derma dan zakat
Bermula pada Disember 1991 dengan 39 murid dan 5 kakitangan. SRIK menjadi asas kepada sistem pendidikan berteraskan moto “Berilmu, Beriman, Beramal”.
Sekolah Menengah Ibn Khaldun (SMIK) ditubuhkan pada Januari 1997 dengan moto “Alim Bertaqwa” bagi memastikan kesinambungan pendidikan murid diperingkat sekolah menengah.
Menjadi institusi berwibawa mendidik bagi melahirkan insan cemerlang dan seimbang demi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Beriltizam melahirkan murid yang cemerlang dan seimbang dalam akademik dan sahsiah melalui pendidikan, pengurusan, persekitaran dan kecontohan berkualiti berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
“Bersama Melahirkan Pelajar Yang Beradab, Pencinta Ilmu Dan Al-Quran”
Bahagian ini memaparkan sijil pendaftaran rasmi sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).