Pembinaan Sahsiah, Akhlak dan Kefahaman Islam Menyeluruh Murid
Unit Tarbiyah bertanggungjawab membangunkan institusi pendidikan yang menjana insan cemerlang dan seimbang bagi mencapai keredhaan Allah SWT. Unit ini memberi kefahaman asas Islam yang jelas kepada murid, membentuk sahsiah terpuji serta meningkatkan potensi murid melalui pelbagai program kerohanian dan pembangunan diri.
✅ Membentuk murid berakhlak mulia
✅ Memperkukuh kefahaman Islam
✅ Membina keseimbangan dunia & akhirat
✅ Melahirkan murid beradab dan beriman
✅ Membentuk generasi pencinta ilmu & Al-Quran
Pengerusi
Guru Besar
Naib Pengerusi (GPK Tarbiyah)
Cik Sainab binti Wakkang
Setiausaha
Pn. Fatimah Az-Zahra binti Haris
Dibarisi oleh 17 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada para Murabbi.
📖 Q – Quran Dibaca
🤍 A – Akhlak Dibentuk
🕌 S – Solat Dijaga
📚 E – Ilmu Ditambah
💛 H – Hati Dididik
Ke arah merealisasikan motto IPS:
"Beriman Melahirkan Pelajar yang Beradab, Pencinta Ilmu dan Al-Quran"
Pengukuhan wuduk, bacaan solat, hafazan, tadabbur ringkas dan latihan amal soleh untuk murid Tahap 1 dan Tahap 2.
Aktiviti tadarus, tazkirah, kutipan amal dan majlis khatam Al-Quran sepanjang Ramadan.
Program Maal Hijrah, Tilawah Al-Quran, Maulidur Rasul dan pertandingan hafazan.
Perkhemahan ibadah bagi murid Tahun 4 dan 5 yang memfokuskan akhlak, survival dan kerjasama.
Pendedahan teori dan praktikal berkaitan fardu kifayah kepada murid.
Program motivasi dan pembangunan jati diri bagi persediaan akademik murid tahun akhir.
Kempen kesedaran dan kutipan dana membantu saudara Islam di Palestin dan Syria.
🤝 Mei – Salam
😊 Jun – Senyum
👋 Julai – Sapa
🌸 Ogos – Sopan
💙 September – Sayang
Melatih murid membaca doa-doa yang sahih dan sesuai mengikut tahap masing-masing sebagai amalan harian.
✅ Membentuk murid berakhlak mulia
✅ Memantapkan kefahaman Islam
✅ Membina disiplin ibadah harian
✅ Melahirkan generasi beriman dan berilmu
✅ Membudayakan akhlak serta nilai Islam dalam kehidupan