:
KOPSEL

08-Feb-2024

KEAHLIAN

Ketika ini keahlian dibuka kepada staf Sek Ibn Khaldun dan ahli ngo HALUAN Selangor.

 

PEMBATALAN KEAHLIAN

Pembatalan akan berlaku apabila ahli KOPSEL menarik diri atau  ditamatkan keanggotaan menurut undang undang kecil 23 atau sebab kematian. Notis pembatalan perlu disampaikan kepada Pengerusi KOPSEL. Tempoh 30 hari diperlukan untuk pihak KOPSEL memproses dan menyerahkan sebarang wang pulangan seperti syer, dividen atau simpanan kepada pihak yang menuntut.

 

DASAR PEMBAYARAN SEMULA

Menurut Undang Undang Kecil 21, jika ahli KOPSEL berhenti menjadi ahli, semua wang ahli tersebut, setelah ditolak hutangnya dengan KOPSEL hendaklah;-

1.dikembalikan kepadanya

2.dikembalikan kepada pihak yang wajar jika ahli menghadapi penyakit mental

3.dikembalikan kepada penama atau waris atau wakil yang sah apabila berlaku kematian keatas ahli

 

AKTIVITI SEMASA

1.Penjualan “Back to School”

2.Kempen 100% bayaran yuran bulanan ahli sesi 2024

3.Kempen penambahan ahli baru dan penambahan syer dikalangan ahli.