Image Banner

TERKINI PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS SEKOLAH IBN KHALDUN - FASA 1

Perkembangan pembinaan kompleks Sekolah Ibn Khaldun pada 27 Julai 2023

Kerja konkrit simen lantai aras 4, telah siap dilaksanakan. Aras ini merupakan aras terakhir sebelum bumbung yang mana akan menempatkan pusat sukan pelbagai guna.

Aktiviti konkrit ini juga telah dijalankan pada waktu malam untuk memastikan simen dapat diratakan dengan baik dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan mengikut keperluan banggunan.


 

LAGI

PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN FASA 1 KOMPLEKS SEKOLAH IBN KHALDUN.

16 Jun 2023


Sebanyak 16 dari 28 batang tiang telah siap dikonkrit pada hari ini untuk lantai musolla yang memuatkan 1500 orang pelajar dalam satu masa. Sumbangan anda amat diperlukan bagi kemudahan pelajar menunaikan solat, makan dan riadah dengan lebih selesa pada masa hadapan.


Pihak Sekolah Ibn Khaldun bukanlah sekolah yang berasaskan keuntungan dan kami sangat memerlukan sokongan dan bantuan tuan/puan untuk merealisasikan pembinaan Kompleks Sekolah Ibn Khaldun. Jom Menyumbang. Sumbangan Hari Ini Untuk Generasi Masa Hadapan. 

 

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
1.Toyyibpay

https://toyyibpay.com/INFAQ-LANTAI-MUSOLLA

2.Infaqpay- pemotongan bulanan

https://infaqpay.my/go/pembangunansekolahibnkhaldunjalankebun

3.DuitNow

Bank Islam 12010010029602

 

Infaq Lantai MusollaInfaqPay Sumbangan BulananSumbangan Terus Ke Akaun Bank Islam

LAGI

TERKINI PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS SEKOLAH IBN KHALDUN - FASA 1

Pusat pendidikan adalah tunjang masa depan sesebuah masyarakat. Sekiranya pendidikan terjamin maka kelestarian masyarakat itu tidak diragukan lagi.
.
Meyakini akan hal ini lah memberanikan kami terus bertekad mengembangkan Institusi Pendidikan Ibn Khaldun ke tahap yang baru.
.
Dengan sumbangan masyarakat ia akan kembali berkhidmat kepada masyarakat. Semoga sumbangan tuan puan membawa kebaikan di dunia dan akhirat.
.
Terima Kasih kerana telah menyokong Institusi Pendidikan Ibn Khaldun lebih dari 3 dekad.
.
__
Sumbangan Dana Pembangunan Kompleks Sekolah Ibn Khaldun:
.
"Sumbangan hari ini untuk generasi masa hadapan."
LAGI

PEMBINAAN SURAU DAN BANGUNAN PELBAGAI GUNA SEKOLAH IBN KHALDUN

Assalamualaikum w.b.t

bagi menyediakan infrastruktur untuk 1500 pelajar,Sekolah Rendah Ibn Khaldun sedang merancang pembinaan surau dan bangunan pelbagai guna yang akan memberikan tempat aktiviti bagi pelajar.semoga infaq yang diberikan mendapat rahmat Allah swt.

LAGI

JOM BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN KEMPEN INI.SEMOGA ANAK DIDIK SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN DIBERI KESIHATAN AMINN...

5 keburukan makanan ringan

Masalah ingatan dan pembelajaran

Keburukan makanan ringan – tingkatkan risiko demensia

Mengurangkan keupayaan mengawal selera makan

Menyebabkan kemurungan

Kurang sabar

LAGI

Image News
Image News



Image Banner

Lokasi


Pertanyaan